Tuesday, 27 December 2011

Kerana mohon maaf itu
Perlu memaaf..
Aku maafkan kamu :)

Sunday, 25 December 2011

Maaf

baca baca baca dan baca
cukup sekadar itu, aku berhenti
kerana tidak mahu terus menilai...
terdetik rasa bangga dalam hati 
andai benar tulisan itu dari hatinya
andai benar tulisan itu dituluskan zahirnya..

entahlah..aku cuba untuk tidak menilai..
tapi maaf..aku tertilai jugak
kerana sekadar yang ku lihat, tidak ke mana
masih di situ, seperti aku, 
kaku lenggok sekadar di situ, kaki terpaku
taipan mungkin sekadar ritma bahasa, seperti aku...
entah tersahut di jiwa, aku pon tak tahu..
maaf...aku harus berhenti menilai...
harus...kerana terasa jijik!
aduh!kasar pula bunyinya...
tapi ya...maaf..aku tertilai...


Saturday, 24 December 2011

Maaf

Laju benar aku menulis hari ini
laju benar jari menaip setiap kata yang menerjah minda
laju benar aku berfikir tanpa fikir
laju..laju benar
hingga ego diri tidak lagi mampu menyekat seperti sebelum ini..

Doa ku, biarlah ikhlas semua itu
semoga sampai ikhlas itu, ke hati mereka yang menerima
taipan aku..

insyaallah..benar aku maksudkan setiap butiran kata itu
insyaallah..dengan nama Allah
moga kalian menerima maksud dan niat ku..
insyaallah..

Sunday, 4 December 2011

Sangkut Monolog

Rapat, bibir terkatup elok rapi
diam bisu, sunyi sepi

Menujah kata mahu keluar dari kotak minda
Sekadar itu sahaja, tujahan tiada bermakna
Kerna kelak, tiada yang menyambut membalas
serangan atau belaian

Monolog itu ku sangkut kemas
untuk nilaian dan aturan sendiri

Thursday, 23 June 2011

Assembly...

Perhimpunan haram? Siapa yang tentukan halal haram perhimpunan itu? Polis? Pemerintah? Pihak-pihak tertentu dengan kepentingan tertentu? Susun aturnya seperti ini fikirku, pihak-pihak tertentu dengan kepentingan tertentu > pemerintah > polis. Bukankah? Salah? Maka betulnya? Apa? Siapa? 

     Haramkah perhimpunan itu, untuk melaung melontar suara, mengharapkan akal fikir bernas didengar? Perhimpunan halal selalunya bukan untuk didengar, tetapi mendengar! Faham kalian? Maksud aku, halalnya perhimpunan yang dihalalkan itu bila ada si pencerita atau penyampai cerita di atas pentas itu halal. Hak dan kuasanya menyampaikan cerita atau ceritera atau cerireka itu, disahkan oleh mereka yang tertentu dengan kepentingan tertentu. Makanya yang hadir di situ, hanya melangut melopong, ternganga mulut, berliur basi disumbat cerireka sang pencerita di atas. Halallah perhimpunan itu. Bukankah? Salah? Di mana?

     Haramlah sesuatu perhimpunan itu, bilamana isi perhimpunan itu menentang arus. Arus yang sudah ditentukan arah alirnya, tidak boleh dibolak balik, diputar pusing untuk dilihat apa sebaliknya, bagaimana rupa sebenarnya. Haramlah perhimpunan itu, apabila suara yang melaung melalak menjerit perih anak tekak, tidak merdu pada telinga mereka yang tertentu dengan kepentingan tertentu. Makanya, isi perhimpunan itu turut diharamkan! Haram! Haramlah kalian! Faham kalian? Kalau tidak mahu disamak utntuk menyucikan kembali kalian, diam-diam saja di rumah, hisap puntung rokok, garu kelimumur, hidup ikut telunjuk! 


p/s: seperti aku.. T_T

Monday, 23 May 2011

Pening memikir akal berfikir

Benci aku untuk berfikir
Ketika aku malas memikir...
Penat tenat memikir, perkara yang difikir...
Letih..memaksa akal memahami apa yang difikir
Mumujuk hati mengerti segala rasa yang difikir...
Mahu persetankan atau perdajalkan semua fikir itu?
Andai kata ada suis
Mahu ku matikan akal ini sebentar, sebentar cuma,
agar aku berhenti berfikir...
Takut ya bila memikir...
Takut aku kerana sedar dan tahu
Syukur juga kerana sedar aku itu atas ihsanNya,
Yang masih mahu memberi aku, rasa fikir itu...
Tapi aku masih punya rasa malas memikir perkara fikir itu..
Masih berbolak balik, ditendang sepak terajang sang nafsu


*Lagi-lagi salahkan nafsu..Arghh..malas aku nak fikir...

Monday, 14 March 2011

itu tanda awas!

tanda itu jangan diabaikan
tanda itu untuk yang alpa seperti kita
kerana buat mereka yang sentiasa beringat
tanda itu tidak bermakna
kerana di dalam diri dan hati mereka
sudah wujud tanda itu sekian lama
kerana di dalam jasad dan jiwa mereka
tanda itu hadir untuk sebuah cinta!

untuk aku
tanda itu kadang hadir, kadang hilang
sempat kurasa tetapi sebentar cuma
aku sedar, aku masih terleka
bukan..bukan terleka, tapi aku memilih untuk leka
walau di sekiling yang jauhnya tidak sepicing pun
penuh dengan tanda itu..

untuk kalian
aku tidak tahu
kerana bila bicara, gahnya menafsir tanda itu
tapi sekadar bicara,
laku kalian kulihat tidak senada seperti yang dibicara
tentang tanda
maaf aku terlanjur kata

aku mahu diam sebentar
kerana sedang dikerumuni tanda


notakaki: satu lagi, dari blog peribadi aku 
          sekadar mengiringi tempias tsunami di Jepun

bila mereka berkata merdeka

bukan tidak bangga
bukan tidak syahdu
bukan tidak sayang
kalian jgn pertikai apa yg aku rasa
kalian jgn berbicara sesedap rasa
jgn kalian menafsir kata aku tanpa fikir
perhalusi makna selami maksud

maafkan aku
kerana lekak lekuk denai aku
berpasir berdebu besalut selut
melindungi bayangan di hadapan
tidak seperti laluan kalian...
lurus terang bersuluh berturap
lancar segala urusan...

kerana denai aku begitulah..
tafsirku untuk merdekaku, untuk negaraku
tidak senada seperti kalian,
segalanya jelas kelihatan

lafaz merdeka dari lidah kalian,
sampaikah ke hati?
tersahutkah di jiwa?
menyentuh kalbu?
sekadar sebut dihujung lidah
kelak kering bersama liur...

bukan tidak menghargai titis darah tok janggut
jerih perit bahaman menjerit
jgn kalian melihat aku semudah itu
hanya aku yang mengerti merdekaku...

notakaki: catatan ini untuk merdeka 2010, ku ambil dari blog peribadi aku
          ini aku sedia berkongsi

Sunday, 20 February 2011

Rentap, bukan kisah pahlawan Sarawak...

Direntap...dia tersentap, aku tergagap...hmmm...

Sakit kau...pernah rasa?Pernah mungkin, mungkinlah bukan semua kalian, tapi separuh...nahhhh...aku bet, lebih 75% korang pernah direntap... Rentap apa? Seperti tajuk di atas, bukan Rentap si pahlawan Sarawak yang menentang James Brooke tu...Senang cakap, direct terus...rentap hati dan perasaan :) Pernah?Pernah?Pernah? Pedih tak?

Kau! Air mata jantan kau menitis?Pernah?Direntap sebegitu hebat kau masih mahu tersenyum...mampu kau??Waaahhh...hebat ya...:) Tahniah...Kalau hawa, malas nak ku tanya, mesti leleh punya...kan?kan?kan? Hahahaha...entah, sebab aku cengeng, so aku rasa korang pon tak lebih, tak kurang...dok gitu?Kalau yang masih gagah, tersenyum tu, ambillah tahniah dari aku ni...nah! :)

Cerita tadi, berlegar lagi dalam kebuk kepala aku. Dia, (kau tahu siapa kau) tersentap bila yang merentap dia dulu, di depan mata. Bukan sendiri, berdua...Erggghhh...Sekali lagi dia direntap...begitu hebat! Kalau aku, aku dah cabut lari kot...Bagi alasan bodoh untuk blah, mungkin, kucing aku due beranak malam ni, aku blah dulu...Atau, ini dah time masa aku minum susu, sebelum tidur...Nanti aku tak boleh tidur, maaf ya..Mohon undur diri dulu...

Tapi dia tega, bergelak ketawa, bertanya khabar, berpeluk mesra dengan buah hati yang pernah merentap dia. Errghhhh...aku?Tak mungkin! Aku letak diri aku dalam situasi itu, dalam kasut dia, walau tak sama saiz, aku sumbat juga...Ishhh....masih mustahil aku akan kekal di situ...hmmm~ mainan jiwa, kasihan dia...