Tuesday, 27 December 2011

Kerana mohon maaf itu
Perlu memaaf..
Aku maafkan kamu :)

Sunday, 25 December 2011

Maaf

baca baca baca dan baca
cukup sekadar itu, aku berhenti
kerana tidak mahu terus menilai...
terdetik rasa bangga dalam hati 
andai benar tulisan itu dari hatinya
andai benar tulisan itu dituluskan zahirnya..

entahlah..aku cuba untuk tidak menilai..
tapi maaf..aku tertilai jugak
kerana sekadar yang ku lihat, tidak ke mana
masih di situ, seperti aku, 
kaku lenggok sekadar di situ, kaki terpaku
taipan mungkin sekadar ritma bahasa, seperti aku...
entah tersahut di jiwa, aku pon tak tahu..
maaf...aku harus berhenti menilai...
harus...kerana terasa jijik!
aduh!kasar pula bunyinya...
tapi ya...maaf..aku tertilai...


Saturday, 24 December 2011

Maaf

Laju benar aku menulis hari ini
laju benar jari menaip setiap kata yang menerjah minda
laju benar aku berfikir tanpa fikir
laju..laju benar
hingga ego diri tidak lagi mampu menyekat seperti sebelum ini..

Doa ku, biarlah ikhlas semua itu
semoga sampai ikhlas itu, ke hati mereka yang menerima
taipan aku..

insyaallah..benar aku maksudkan setiap butiran kata itu
insyaallah..dengan nama Allah
moga kalian menerima maksud dan niat ku..
insyaallah..

Sunday, 4 December 2011

Sangkut Monolog

Rapat, bibir terkatup elok rapi
diam bisu, sunyi sepi

Menujah kata mahu keluar dari kotak minda
Sekadar itu sahaja, tujahan tiada bermakna
Kerna kelak, tiada yang menyambut membalas
serangan atau belaian

Monolog itu ku sangkut kemas
untuk nilaian dan aturan sendiri

Thursday, 23 June 2011

Assembly...

Perhimpunan haram? Siapa yang tentukan halal haram perhimpunan itu? Polis? Pemerintah? Pihak-pihak tertentu dengan kepentingan tertentu? Susun aturnya seperti ini fikirku, pihak-pihak tertentu dengan kepentingan tertentu > pemerintah > polis. Bukankah? Salah? Maka betulnya? Apa? Siapa? 

     Haramkah perhimpunan itu, untuk melaung melontar suara, mengharapkan akal fikir bernas didengar? Perhimpunan halal selalunya bukan untuk didengar, tetapi mendengar! Faham kalian? Maksud aku, halalnya perhimpunan yang dihalalkan itu bila ada si pencerita atau penyampai cerita di atas pentas itu halal. Hak dan kuasanya menyampaikan cerita atau ceritera atau cerireka itu, disahkan oleh mereka yang tertentu dengan kepentingan tertentu. Makanya yang hadir di situ, hanya melangut melopong, ternganga mulut, berliur basi disumbat cerireka sang pencerita di atas. Halallah perhimpunan itu. Bukankah? Salah? Di mana?

     Haramlah sesuatu perhimpunan itu, bilamana isi perhimpunan itu menentang arus. Arus yang sudah ditentukan arah alirnya, tidak boleh dibolak balik, diputar pusing untuk dilihat apa sebaliknya, bagaimana rupa sebenarnya. Haramlah perhimpunan itu, apabila suara yang melaung melalak menjerit perih anak tekak, tidak merdu pada telinga mereka yang tertentu dengan kepentingan tertentu. Makanya, isi perhimpunan itu turut diharamkan! Haram! Haramlah kalian! Faham kalian? Kalau tidak mahu disamak utntuk menyucikan kembali kalian, diam-diam saja di rumah, hisap puntung rokok, garu kelimumur, hidup ikut telunjuk! 


p/s: seperti aku.. T_T